Tuesday, February 10, 2015

Yang Dinamakan Kehidupan Bab 2

BAB 2
            Sepasang mata milik Along melekat pada wajahku sedari tadi. Aku larikan pandangan. Tidak betah dengan renungannya. Aku nak tutup daun pintu bilik tapi dia tahan pintu bilik dengan kaki kanannya. Wajah dia langsung tak beriak. Tangannya tolak daun pintu dan aku menapak ke belakang. Along masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil.
            Along dengan aku memang tak ada chemistry langsung. Dia jarang nak bersembang dengan aku sebab… aku bina benteng yang pisahkan kami berdua.
            “Sihat?” aju dia  ringkas.
            Senyap.
            “Happy?”
            Pun senyap.
            “Best sekolah baru?”

Saturday, January 24, 2015

Yang Dinamakan Kehidupan Bab 1


BAB 1
            Tanganku memegang hujung tali beg sekolah. Langkah aku atur lambat membuntuti langkah seorang cikgu yang kuagak cikgu pendidikan khas. Wajahku masam. Langsung tak terdetik nak koyak segaris senyuman nipis pun. Setiap pelajar yang berpapasan denganku memandangku tapi aku buat endah tak endah. Setiap kata cikgu itu yang terjah gegendang telingaku hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Sedari tadi bercakap dan entah apa yang dia cakap.
            Ikutkan hati, aku memang tak nak datang sekolah tapi sakit telinga dengar mama ketuk pintu setiap hari. Pergi sekolah. Belajar. Lepas tu, balik dan duduk kat dalam bilik. Kawan? Aku hanya berkawan dengan diri sendiri. Aku tak nak orang kawan dengan aku semata-mata rasa kesian dengan aku.
            Tak perlu kesian dengan aku. Biar aku sorang saja yang kesiankan diri sendiri.
            Langkahku mati di kala cikgu tu matikan langkah. Dia ketuk pintu kelas. Seorang guru lelaki keluar.

Friday, January 23, 2015

Yang Dinamakan Kehidupan Prolog I & Prolog II


PROLOG I
Berikan aku jawapan, Tuhan
untuk semua takdir yang Engkau aturkan.
Aku cuba.
Cuba untuk tak mengalah
namun aku lelah
sehingga akhirnya… aku rebah.
Aku cuba.
Cuba untuk memujuk hati
agar bahagia dengan apa yang terjadi
namun…
yang kumahu kini hanyalah mati.


  
Dedicated this story to broken hearted people
Attempt suicide does not solve problems.
Verily, with hardship there is relief [Qur'an 94:6]
J

Tuesday, December 2, 2014

PENGHANTARAN CINTA SI MAMAT PSIKO

Assalamualaikum. Kami sudah membuat penghantaran CSMP dan juga COMBO LIMITED bagi pembayaran pre-order sehinggalah pembayaran sebelum jam 11.00 pagi 3hb 12 2014. Di sini kami sertakan senarai nama bersama no tracking. Jika nama anda tiada dalam senarai, mohon maklumkan kepada kami dengan kadar segera. Terima kasih. =D

Tuesday, November 25, 2014

Di Atas Sana Ada Dia (Bab 5)- Ameera Elisha

Bab 5
           
           
  “
Woi budak!”
            “Astaghfirullahalazim! Angah ni kan! Tak boleh ke kalau tak sergah orang macam tu. Pintu bilik tak ketuk, salam tak bagi. Tak reti-reti lagi ke apa orang cakap?” marah aku pada Angah Asytar. Mahu tercabut jantung aku kena sergah tadi. Mujurlah tak tergunting jari sendiri. Aku tengah khusyuk gunting lace organza, boleh dia buat macam tu.
            Angah Asytar sengih buat muka tak bersalah. Terus dia mendekati aku yang duduk bersila atas karpet depan katil aku.
            “Hah? Nak apa? Aisy sibuk,”kataku dengan muka masam. Sudah dapat menebak sebab kedatangan Angah Asytar.
            Angah Asytar senyum dengan kening duk angkat gilir-gilir sebelah kanan dan kiri. Macam iklan coklat apa entah kat TV tu. Lupa pula aku.
            “Ini angah kena sampuk ke apa?” bidasku geram.
            Angah Asytar ketawa lepas. “Siapa yang kena sampuk? Aisy ke angah?”

Sunday, November 23, 2014

Coretan Warna (Bab 5)- R'anS

SAFIYAmenjeling tajam melihat Ajin yang sedang tersenyum. Geram dihati hanya dia sahaja yang tahu. “Eyyyyy... manja mengalahkan budak-budak.” Dia mengomel sendiri. Baru beberapa tapak sahaja dia melangkah kedengaran suara Ajin memanggilnya.
“Fiiiiiiii.....yaaaaaa.”
Safiya menarik nafas sedalam yang mampu dan dia berpusing menghadap ‘budak sakit’ yang teramat gedik dan manja. “Ya?”
“Nak air...” Ajin menarik senyuman.
Safiya menggeleng kepala.  Mulutnya diarah ke gelas yang berisi air suam di tepi katil. “Itu apa?” Dia menyoal dingin.
 Ajin menggeleng kepala. “Tak nak ... Tak nak air itu.” Dia bersuara manja.

Friday, November 21, 2014

Di Atas Sana Ada Dia (Bab 4) Ameera Elisha

Bab 4

  A
ku sandarkan belakang ke sit kereta rapat. Kenyang sungguh melantak sepinggan nasi goreng cina kegemaran aku. Makanan wajib setiap kali aku dan Aiman ke sana. Dia dengan kuey teow tomyamnya, aku pula dengan nasi goreng cina.
            “Kenyang nampak?”
            Aku jeling Aiman sekilas. “Haruslah.”
            “Kata dah makan makanan mummy yang super duper sedap tu,”sindir Aiman.
            Aku cemik bibir. “Tiba-tiba lapar balik,”bohong aku.
            “Naa.. Dear gegirl, you’re not good at lying,” balasnya dengan sengih sengit.
            Aku tarik muncung sedepa. “Kura-kura dalam perahu. Tu dah tahu.. Kenapa nak tanya.”
            Aiman ketawa. “Haish. Rosak bahasa Cik Aisy oi. Ni nak teman aku balik rumah mama tak?”
            “Kalau aku jawab tak pun, memang aku kena ikutkan?”
            Aiman senyum seraya meneruskan pemanduan. “Such an understanding lady.”
            “Understanding lah sangat!”keluhku. Bukan memahami, tapi dah masak sangat dengan kehendak dia.